Antara cinta dan persahabatan yang mana lebih penting?
Sukarnya buat pilihan bukan?
Jika pilih sahabat, hati sendiri juga yang merana kerana kehilangan orang yang kita cintai...
Jika pilih cinta, kita akan kehilangan sahabat yang setia bersama kita saat suka dan duka...
Jika difikirkan, sahabat lebih penting kerana merekalah yang paling banyak membantu kita di dalam segala perkara...
kita akan kongsikan semua jenis perkara kepada sahabat kita...
tapi ada sesetengah perkara kita tidak akan kongsikan bersama kekasih kita...
Betulkan?
Sahabatlah tempat meluah perasaan saat kita berselisih faham dengan kekasih hati...
Sahabat sering kali menjaga perasaan kita kerana dia takut kita terluka...
Saat kita menangis, dia yang pinjamkan bahunya untk menangis...
Tetapi kekasih, mereka sering buat kita menangis bukan?
kerana orang yang kita cintai sahaja yang mampu buat kita terluka yang teramat sangat...
Walaupun sahabat adalah orang yang kita sayang, namun mereka jarang sekali membuat kita menangis...bukan seperti kekasih...
Tanpa sahabat, hidup di dunia ini sangat sukar...
memang setiap orang mampu untuk hidup berdikari...
tetapi harus ingat bahawa ada sesetengah perkara kita tidak mampu untuk melakukannya tanpa bantuan orang lain...
Cinta itu indah...
Tapi indah lagi persahabatan yang diselitkan dengan kasih sayang dan keikhlasan...
Tanpa cinta aku bisa hidup...
Tetapi, tanpa sahabat aku merasa kerdil sekali berdiri di bumi ini...
Tidak wajar kiranya kita mengabaikan sahabat semata-mata kerana kekasih...
Seandainya benar si dia mencintai kita tulus ikhlas, dia juga seharusnya menerima sahabat kita dan bukannya membiarkan kita mengabaikan persahabatan kita...
Kerana sahabat kita juga adalah sebahagian dari hidup kita...
Mencintai diri kita, itu bermaksud dia juga harus menerima orang yang berada di sekeliling kita...
Tidak salah sesekali memihak kepada kekasih kita...
Andai dia berada pada pihak yang benar...
Jangan saja kita buta kerana cinta hingga mengabaikan yang betul dan yang salah...
Cinta itu tidak buta...
Kita yang buta menilainya...
~ Appreciate ur love n ur frens as well~
0 comments:
Post a Comment