Sakit hati bila dilukai berulang kali...
Penat rasanya bersabar dan terus bersabar...
Entah sampai bila harus menunggu agar berubah...
Pernahkah anda terfikir sebegitu???
Kita sebagai manusia sungguh tidak tahan melayan karenah insan-insan yang sangat degil dan tidak makan dek teguran...
Acap kali ditegur masih mengulangi kesalahan yang sama....
Hati manusia apakah yang sedemikian rupa???
Itulah yang dikatakan hati batu...
Bagai mencurahkan air ke daun keladi...
Buang masa sahaja bercakap dengan makhluk-makhluk yang seperti itu...
Membazir air liur...
Bikin sakit hati sendiri jika bercakap dengan insan-insan yang sewaktu dengan yang saya sebutkan di atas...
Haaaa....begitulah yang akan terlintas dalam akal fikiran manusia sekiranya berhadapan dengan manusia yang berhati batu...
Pernahkah anda terfikir anda pun salah seorang yang membuat seseorang bersabar dengan sikap anda seperti itu???
Siapa???
TUHAN...
Entah berapa ribu kali kita melakukan kesalahan yang sama di hadapan Tuhan...
Tapi Dia tak pernah jemu menegur kesilapan kita...
Hari demi hari Dia menanti kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...
Ada yang tersedar dan kemudian ulangi perkara yang sama...
Pernahkah Tuhan putus asa???
Tidak...bukan?
Dia tetap memaafkan kita tak kira apapun berlaku...
Tidak kira sebesar manapun kesalahan kita, Dia tetap memaafkan kita...
Kerana apa???
Semuanya kerana KASIH, CINTA dan SAYANG...
Cinta-Nya yang tak berbelah berbahagi membuatkan Dia sentiasa memaafkan kita atas setiap kesalahan kita...
Kerna Dia Bapa yang penuh kasih dan sayang...
That is the Power of Love...
Jika Tuhan mampu untuk bertahan dengan sikap kita dan memaafkan kita, mengapa kita tidak mampu bertahan dan memaafkan orang yang kita sayangi???
Ya...kita hanyalah insan biasa...bukan Tuhan...
Tapi insan yang mencuba sedaya upaya memaafkan orang yang kita sayangi...
Sebab kemaafan dan kasih sayang itu sangat penting...
ok...
Marilah kita bermaaf-maafan...
v(^_^)v
0 comments:
Post a Comment