...Cinta...
Semakin hati jatuh cinta dengan lebih mendalam, semakin banyak perkara yang ingin kita ketahui mengenai si dia...
Kalau boleh dari A-Z kita nak tahu...
Well...itu perkara biasa...
Sebab dengan cara itu, kita akan lebih memahami si dia...
Tapi kadang kala apa yang kita tanya, jawapan yang bakal kita terima akan menyakitkan hati kita sendiri...
Bak kata orang, kebenaran memang menyakitkan...
Kalau dalam percintaan, kita sering ingin tahu mengenai kisah silam kekasih kita...
*Ini kaum Hawa la selalu buat...haha...*
Terlalu banyak yang kita ingin tahu sehinggakan membuatkan hati kita sendiri terluka...
Bukan itu bererti bodoh kerana menanyakan sesuatu yang jelas menyakitkan hati sendiri...
Tetapi kerana perasaan sayang, kita ingin tahu segala pahit manis mengenai si dia...
Tidak salah kita ingin mengetahui kisah silam dia bukan?
Kerana dia adalah sebahagian dari hidup kita...
Perasaan ingin tahu sentiasa membuak-buak...
Tetapi semakin banyak yang kita tahu, semakin sakit pula hati...
Walaupun begitu, masih juga terus-menerus bertanyakan itu dan ini...
Manusia...manusia...
Sikap ingin tahu yang terlalu mendalam...
Tapi harus kita ingat, yang berlalu biarkan berlalu...
Sesakit mana hati, jangan sampai mempengaruhi hubungan kita...
Pahatkan kepercayaan pada si dia...
Kerana setiap orang punya kisah silam masing-masing...
Kisah silam yang kita, dia dan Tuhan yang tahu...
Terpulanglah andai ingin kongsikan bersama orang baru ataupun tidak...
Tetapi seharusnya andai si dia ingin tahu, tidak salah kita kongsikan bersama si dia...
Kerana kita dan si dia adalah satu...
Dua hati jadi satu...
Hidup dia adalah hidup kita....hidup kita adalah hidup dia...
Si dia punya hak untuk tahu...
Tapi harus ingat, jangan sampai menjejaskan hubungan antara kita dan si dia...
Buang yang keruh, ambil yang jernih...
Itu yang harus kita buat...
Kadang-kala apa yang berlaku itu adalah pengajaran bagi setiap orang untuk mempersiapkan diri di kemudian hari...
Pengalaman itu mematangkan...
~ mOvInG fOrwArD ~
0 comments:
Post a Comment