Hye there....semalam kami ada buka mini bazaar yang bertapak di ruang legar FSS(Fakulti Sains Sosial), Unimas. Kami buka gerai yang berasaskan aiskrim dan buah-buahan. Gerai kami ialah "FRUUZY". Kami ada menjual rojak aiskrim, roti bakar, roti Gardenia, cola float dan ribena sprite.
Rojak aiskrim tu adalah buah-buahan yang dicampur aiskrim. Ada dua perisa yang kami sediakan iaitu perisa vanilla dan juga chocolate. Harga dia tak lah mahal. RM2.00 jer. Bagi setiap topping yang ingin ditambah, kami kenakan cas sebnyak RM0.50 setiap satu topping. Antara topping yang kami sediakan ialah almond, chocolate chips & chocolate rice. Banyak juga yang membeli rojak buah kami. Rasanya pun sedap. Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang panas semalam. Ermmm...sedap tu. Huhu.
Selain daripada seronok mendapat keuntungan hasil jualan, dalam masa yang sama, bolehlah merapatkan hubungan sesama rakan. Sambil berjual, borak-borak. Sekali-sekala, best lah jugak. Sori lah xdapat nak sertakan sekali gambar-gambar sebab tak sempat pun nak snap-snap.
0 comments:
Post a Comment