Hello there...
Pada enrty kali ni, saya nak ulaskan sedikit tentang kepercayaan dalam perhubungan.
Seperti yang kita tahu, kepercayaan itu sangat penting dalam memastikan perhubungan berjalan dengan lancar. Bukanlah bermaksud dengan adanya kepercayaan, perhubungan kita takkan pernah diselitkan dengan perselisihan faham, pertelingkahan dan pergaduhan. Hubungan mana yang tak pernah mengalami konflik walaupun hanya sedikit. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan kekasih/suami isteri.
Memang tidak dinafikan sangat sukar untuk mempercayai satu sama lain. Maklumlah...manusia ini sangat suka berbohong. Tetapi berusahalah untuk mempercayai pasangan kita kerana mereka takkan berani membohongi orang yang mereka sayangi. Mungkin juga ada yang membohongi orang yang dia sayangi. Maybe dia ada alasan tertentu untuk berbuat demikian.
Kalau pembohongan terjadi antara kita, andainya 'terkantoi', bincanglah elok-elok dan janganlah mengambil keputusan yang terburu-buru. Sebab keputusan yang kita buat dalam keadaan diri kita yang diselubungi kemarahan selalunya bukanlah keputusan yang terbaik. Siapa yang tidak sakit hati bila dibohongi kan. Tetapi cuba sebaik mungkin untuk bertenang dan berbincang seelok-eloknya. Beri peluang untuk kedua pihak untuk menerangkan setiap satu permasalahan yang timbul.
Jangan terlalu cemburu buta. Perasaan cemburu yang melampau membuatkan ada segelintir orang yang mengongkong kehidupan harian pasangan mereka. Mahu berjalan-jalan bersama kawan-kawan sama jantina pun tidak boleh. Adakah itu sayang sehingga mengongkong sedemikian rupa? Untuk waktu yang singkat mungkin juga pasangan korang dapat bertahan dengan sikap mengongkong korang tu. Tapi untuk tempoh yang lama, entahlah apa akan terjadi. Kesabaran manusia ada batasnya. Sayang tahap mana pun, ada masanya ia akan mencapai tahap maksima di mana pasangan korang takkan bertahan lagi.
Tidak perlu kita mengongkong mereka terlampau sangat. Cukup kita melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Andai mereka ingin keluar bersama kawan-kawannya sekali-sekala, apalah salahnya. Kalau benarlah dia menyanyangi kita, dia akan ingat kita ke mana pun dia pergi. Mak saya pernah pesan, dalam perhubungan janganlah kita cemburu buta.
Ok. That's all from me. It's my point of view. Mungkin lain orang, lain pula pendapatnya. Terpulanglah... :)
:: Kepercayaan @ Trust ::
14:14 |
>> Trust is hard to gain. Once it's broken, it's very hard to fix it as perfect as the previous one. <<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment