Bercakap pasal FAILURE@GAGAL nie memang la sesuatu yang menyakitkan...
Siapa yang mahu gagal dalam hidup??
Tak seorang pun yang cintakan kegagalan...
Gagal dalam percintaan...gagal dalam pelajaran...
semuanya menyakitkan...bagaikan ditoreh-toreh isi hati...
Tetapi, tahukah kalian kegagalan itu kunci kepada kehidupan yang sempurna???
Seperti hal-hal lain, kegagalan mempunyai faedah jika dipandang dari sudut positif...
kenapa???
kerana kegagalan kita bertambah cekal...
Hidup di dunia, hari demi hari pencubaan yang datang semakin susah...
kerana banyak kali gagal dalam hidup, kita mampu bertahan untuk menghadapi setiap satu permasalahan yang kita hadapi...
kerana kegagalan juga kita menjadi semakin matang...
matang berfikir dalam menentukan keputusan yang terbaik yang harus diambil...
Orang yang sering gagal itu lebih kuat hati nya berbanding orang yang sentiasa berjaya dalam hidupnya...
Mengapa???
Kerana orang yang sentiasa berjaya tidak mengenal erti kekecewaan bila kegagalan itu menjelma...
Sekali dia gagal, dia akan merasa kecewa yang teramat sangat, bahkan merasakan diri sudah tidak berdaya lagi...
Tetapi bagi orang yang sering kali gagal, dia tetap tabah berusaha menghadapi kegagalannya agar menjadi seorang yang lebih berjaya...
Tuhan tahu had kekuatan kita...
Dia tahu kita mampu menghadapinya...
Oleh itu, Dia membiarkan kita dicuba...
Agar kita menjadi manusia yang kuat dalam menghadapi cubaan duniawi ini...
Kadang-kadang kita merasa sangat lemah dan tidak kuat lagi menghadapi percubaan dalam hidup kita...
Jangan lupa...Tuhan mengenal isi hati, peribadi diri kita melebihi kita sendri...
Jangan pernah menyangka Tuhan meninggalkan kita kerana Dia sebenarnya sentiasa memerhatikan kita...
Dia tidak mungkin membiarkan kita terjatuh dan tidak mampu lagi untuk berdiri...
Kerana Tuhan itu Maha Pengasih...
Menyayangi kita lebih dari orang lain...
Bila kita buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, berseru pada-Nya...
Nescaya apa yang kita inginkan menjadi nyata bila kita percaya dan dengan hati yang ikhlas...
0 comments:
Post a Comment