Pages

RSS

" I Love You "

       Cinta itu indah andai kita pandai hargainya. Tidak semua orang mampu bertahan demi cinta. Kalau benar semua orang mampu bertahan kerana cinta, tidak mungkin perpisahan itu wujud. Hanya insan yang kuat mampu memperjuangkan cintanya hingga beroleh kebahagiaan. Sukarnya pertahankan cinta kerana cinta sejati itu sememangnya penuh dugaan. Dugaan adalah kayu pengukur sedalam mana cinta kita. Bila hati dipenuhi bunga-bunga cinta yang sentiasa mekar berseri, pasti setiap rintangan mampu kita hadapi bersama. Dunia ini penuh dengan manusia yang dengki. Mencemburui kebahagiaan yang kita raih. Janganlah hanya kerana khabar angin semata-mata cinta yang terjalin terputus di tengah jalan. Andainya ada segelintir pihak yang mencemburui percintaan kita, itu tandanya indahnya perhubungan kita hinggakan ada hati yang menginginkannya. Cinta itu hanya lahir dari hati yang ikhlas. Dengan hati yang busuk, kita tidak mungkin beroleh cinta. Tidak usah gentar akan cinta sejati kerana tiada yang mampu pisahkan kita. Andai dia milik kita, biarpun kita lepaskan, tetap dia akan kembali. Kerana dari awal sememangnya dia terlahir untuk kita. Usah dengki terhadap orang lain kerana akan tiba saatnya setiap perbuatan keji kita akan terbalas terhadap kita sendiri. Benarlah kata orang, hidup ini ibarat roda. Tak usah dikejar sesuatu yang bukan milik kita. Walau seerat manapun genggaman kita, suatu saat ia akan kembali kepada orang yang berhak memilikinya. 
       Saat bermadu kasih, usah dijanji sesuatu yang tidak mampu kita tunaikan. Jangan hanya pandai bermain kata. Kerana kata-kata itu adalah pedang yang tidak bermata. Mampu melukakan hati kecil orang yang mendengar. Ianya bukan seperti perahu yang bisa diundur ~ "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Memang senang ungkapkan kata. Tetapi lebih elok melakukannya daripada hanya berkata~ "action is louder than words". Tak usah dijanjikan sesuatu setinggi langit andai kudrat hanya setinggi bumbung. Cinta yang ikhlas tak perlukan janji-janji manis tetapi perbuatan yang tulus ikhlas. 
         "I Love You". Mudah diucapkan. Namun begitu sukar mencari insan yang ikhlas meluahkannya. Jangan jadikannya hanya luahan dimulut. Walau cuma tiga perkataan, tetapi ia mengandung sejuta makna yang sangat sukar untuk diuraikan. Ia mampu menghidupkan dan juga ia mampu membunuh. Tak usah ungkapkannya andai tidak megerti erti sebenar tiga ayat itu. Ia adalah ayat yang "simple" namun sangat sukar untuk terluah bagi segelintir pihak. Ungkapkannya pada orang yang benar-benar dicintai dan jangan pernah sakiti hati nya. 


 << Saranghae>>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS