Makhluk ciptaan Tuhan yang bergelar manusia...
Tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki...
Everything seem not right...
Senantiasa ingin meminta lebih...
Sentiasa merasakan diri tidak sehebat orang lain...
Semua ini terjadi kerana sikap kita yang sering memandang kelemahan diri dan bukannya kelebihan yang Tuhan anugerahkan buat kita...
Orang yang kita sangka hebat berbanding kita kadang-kala adalah insan yang lebih lemah dari kita sebenarnya...
Kita merasa tergugat kerana mereka hanya kerana kita melihat kelebihan luaran yang ada pada mereka...
Seringkali kita ingin menjadi seperti orang lain, dan sebaliknya ada juga orang yang di luar sana yang ingin jadi sperti kita...
Jangan pernah lupa bahawa setiap manusia punya kelebihan masing-masing...
Dengan terlalu mengagungkan kelebihan orang lain, itu akan meruntuhkan keyakinan di dalam diri kita sendiri...
Sebagai contoh, kaum hawa seringkali mencemburui kecantikkan yang dimiliki oleh wanita lain...
Padahal, sebenarnya dia juga boleh dikategorikan sebagai wanita yang cantik...
Hanya kerana ketidakpuasan hatinya, dia menganggap dirinya tidak cantik...
Lantas keyakinan dirinya runtuh...
Jangan terlalu mengagungkan kelebihan orang lain kerana, mungkin juga orang yang kita cemburui juga mencemburui kita dari aspek lain...
Tuhan itu maha adil...
Oleh itu dia bahagikan sama rata kepada semua umat ciptaan-Nya kelebihan dan kekurangan yang berbeza...
Kita dilahirkan ke dunia memang tidak sempurna kerana tugas kita adalah untuk menyempurnakan antara satu sama lain dengan kelebihan yang kita miliki...
Apa yang kita miliki, orang lain tidak miliki...
Dan apa yang orang miliki, kita tidak miliki...
...Fair-and-square...
Memang susah untuk memuaskan hati sendiri kerana pada zahirnya, manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang Tuhan berikan...
Sama-samalah kita berusaha untuk menghargai diri sendiri...
^____^