Lelaki seringkali beranggapan wanita sukar dimengerti. Begitu juga sebaliknya. Wanita juga beranggap sedemikian terhadap lelaki. Hanya wanita memahami wanita dan hanya lelaki memahami lelaki. Satu kenyataan yang tidak boleh disangkal. Kebanyakkan lelaki beranggapan wanita sebagai insan yang sangat suka merajuk. Tapi pada hakikatnya wanita merajuk kerana sikap kaum adam. Seperti yang kita tahu, hati wanita itu sangat lembut dan mudah sangat untuk terusik. Mungkin pada pandangan lelaki perkara yang menyebabkan wanita itu merajuk adalah perkara remeh-temeh. Tapi pada pandangan wanita ia tidak. Kaum lelaki haruslah sekali-sekala mengambil kira tentang sensitiviti insan yang kalian sayangi. Jangan ingat rajuk wanita itu hanya ingin menagih perhatian semata-mata.
Ada beberapa perkara yang Ladies tidak suka :
- Off handphone - Bagi kaum Adam, tolonglah jangan off handphone korang kalau boleh. Wanita terkenal dengan sikapnya yang mengambil berat. Jadi, bila korang keluar rumah, wanita akan berasa risau akan keselamatan orang kesayangannya. Terutamanya keluar malam. Jika korang off handphone, mereka akan tertunggu-tunggu call or text dari korang. Melelapkan mata pun sangatlah sukar selagi orang yang disayangi belum dapat dihubungi. Fikiran sentiasa melayang memikirkan entah di mana agaknya si jantung hati. Jadi, janganlah off handphone korang yer.
- Bohong - Tidak kira apa sekalipun alasan, berusahalah untuk sejujur mungkin. Jangan sesekali membohongi seseorang yang anda sayangi. Kebenaran memang menyakitkan, tetapi dibohongi berlipat kali ganda sakit. Cuba letakkan diri korang dalam situasi di mana korang dibohongi. Macam mana? Seronok? Sakit bukan? Wanita kadang-kala memang naif. Percaya segala kebohongan yang korang ceritakan. Tapi jangan ambil kesempatan. Malah harus bersyukur kerana itu membuktikan betapa mereka menaruh kepercayaan pada korang. Ingat senang ke nak percaya pada orang lain? Bila orang dah percaya, janganlah mensia-siakan kepercayaan orang yang kita sayang.
- Main kayu tiga - Jangan sekali-kali menduakan cinta yang tulus ikhlas. Walaupun alasan korang, " dia hanya mainan sahaja(skandal)". Kenapa harus bercinta kalau hanya main-main? Jangan sakitkan hati orang dengan sikap tidak bertanggungjawab korang itu. Orang yang seperti itu adalah insan-insan yang tidak layak untuk dicintai. Kerana segelintir manusia yang sebegitulah ada wanita yang menganggap cinta itu kejam. Sedangkan pada zahirnya kita tahu cinta itu membawa kebahagiaan kerana melalui cinta kita beroleh kasih dan sayang. Mengapa perlu membiarkan yang namanya cinta sebagai lambang kesengsaraan jiwa raga?
- Mungkir janji - Sekali ia terucap dari bibir korang, pastikan korang mampu menepati setiap ayat yang keluar dari mulut korang. Kebanyakkan lelaki hanya pandai bermain kata. Padahal mereka tidak serius memaksudkan apa yang terluah dari mulut mereka. Janji manis mengalahkan madu. Semut pun tak nak lalu. Takut terkena diabetes. *hahaha* Para gentlemen semua, jangan la berjanji palsu yer. Tidak baik permainkan perasaan orang. Jangan memberikan orang harapan jika tidak mampu menunaikannya. Janji setinggi langit. Tengok-tengok tersangkut kat awan sebab terlalu tinggi. Sebab tu tak dapat tunaikan kot sebab tersangkut kat awan. *kehkehkeh* Janji tetap janji yer. Tak payah pura-pura lupa.
- Puji kecantikkan perempuan lain - Amboi...bukan main puji awek lain. Awek sendiri tak lawa ke? Tolonglah jangan puji perempuan lain depan buah hati korang. Sakit tau rasanya telinga mendengar. Secara tidak langsung ini akan menggugat keyakinan diri dalam diri wanita. Mereka akan merasa rendah diri dan ini membuatkan mereka kecewa. Kaum hawa ini sebenarnya tidak kisah pun pandangan orang lain terhadap diri mereka. Apa yang penting mereka nampak menarik di depan mata kekasih hati. Jadi korang kaum adam, puji-pujilah buah hati korang yer. Jangan asyik nak puji orang punya jer. Tak ada faedah pun. Kalau puji awek sendiri sekurang-kurangnya boleh buat si dia gembira. Kan lebih bagus. :)
Anyway, itulah antara perkara yang Ladies tak suka. Masih banyak lagi sebenarnya. Tapi, setakat tu jer la yang dapat saya taipkan di sini. Ada kesempatan, kita huraikan lagi. Ok...Hargai orang yang menyayangi anda. Jaga hati dia. Jangan sakiti. Mencari kekasih itu amatlah mudah. Putus sekarang, 5 minit kemudian pun boleh dapat. Tetapi nak cari orang yang betul-betul ikhlas mencitai kita itu sangat sukar. Intan di depan mata, mengapa perlu mencari kaca? :)